Sunday, March 2, 2008

Kunjungan Dato' Seri Wahid ke Jerlun


Hari ini Dato' Seri Wahid terbang khas dari KL untuk berjumpa dengan Dato' Mukhriz di Jerlun. Kedatangan ini menambahkan lagi semangat Calon BN Jerlun ini untuk terus bekerja kuat.

Dato' Seri Wahid singgah di Sri Mentaloon untuk berjumpas sekejap dengan MB Kedah. Dan selepas itu terus bertolak ke Air Itam untuk dibawa berjumpa Dato' Mukhriz. Diberitahu yang Dato' Mukhriz berada di sekitar Pering (Kodiang) berkempen.
Dato' Seri Wahid akan ke Pering untuk berjumpa Dato' Mukhriz disana.

Dato', kita semua bersamamu. Selamat majujaya.

Wednesday, February 27, 2008

BERI BELIAU PELUANG

Dato Mukhriz Mahathir akan memberi penekanan terhadap:
  • Pembangunan infrastruktur

  • Industri kecil desa

  • Pelancongan
sebagai usaha meningkatkan sosioekonomi penduduk sekiranya diberi mandat sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan dalam Pilihanraya Umum Ke - 12

Jerlun mempunyai potensi untuk dimajukan kerana keadaan fizikalnya sesuai untuk ekopelancongan dan industri asas tani serta setanding dengan kawasan lain yang telah membangun.

Begitu juga kawasan pesisir pantai Jerlun cukup bagus dan sesuai unuk sektor pelancongan.

Jerlun juga sesuai untuk dibangunkan industri kecil desa kerana boleh mengeluarkan produk berasaskan sumber yang diperolehi penduduk tempatan termasuk hasil laut dan pertanian.

Ini adalah azam beliau sekiranya dipilih sebagai Ahli Parlimen Jerlun.

Jerlun juga tidak boleh lagi terpinggir daripada arus pembangunan kerana ia akan mendapat limpah nikmat program Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Calon BN DUN Kota Siputeh,Datuk Abu Hassan Sharif berkata, Mukhriz ibarat sebutir mutiara yang boleh memberi sinar kepada penduduk Jerlun. "Rugi kalau tidak memilih mutiara ini(Mukhriz) yang jika dicampak ke laut menjadi pulau,kalau dicampak ke Jerlun, pasti membawa pembangunan serta pembaharuan,"kata beliau.

Sunday, February 24, 2008

Muara Sungai Jerlun

Sg Jerlun bakal dijadikan port untuk membawa masuk minyak mentah untuk di proses di Bukit Kayu Hitam. Kemudian 'finished product' tersebut akan disalurkan kembali ke Muara Sg Jerlun untuk dihantar ke destinasi seterusnya. Minyak yang ditapis juga akan dihantar ke Thailand dan di hantar ke destinasi spt Jepun, China dan Korea melalui port disana.

Inilah salah satu perancangan yg bakal direalisasikan oleh Syed Bukhary. Dan rakyat sekitar Jerlun akan menikmati limpahan ekonomi yang bakal dihasilkan oleh projek ini. Difahamkan hanya tanah-tanah sekitar muara Sg Jerlun sahaja yg bakal diambilalih dan pengambilahan untuk paip saluran akan diminimakan sebanyak mungkin.

InsyaAllah, jika perancangan berjalan seperti yang dirangcang, kuasa ekonomi penduduk2 disana akan meningkat.

Sekitar Pencalonan Datuk Mukgriz di Jerlun

Dato’ Mukhriz Mahathir telah mengemukakan kertas pencalonan di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Hitam, Jerlun hari ini 24 Feb 2008 dan telah diumumkan sebagai calon oleh Pengurus Pilihanraya selepas tamat waktu bantahan 11 pagi. Beliau akan dicabar oleh AJK PAS Pusat Idris Ahmad dalam kerusi Parlimen P005 Jerlun pada Pilihanraya Umum ke XII, 8 Mac 2008 ini.

Sekitar hari pencalonan .. ehsan Bigguy










Hadir sama ialah TUN DR MAHATHIR .











Friday, February 22, 2008

Orang Utan

Apa yang perlu kita herankan jika Nik Aziz menuduh ahli UMNO sebagai orang Utan ...... lebih dari itu beliau pernah katakan.

Tok Guru PAS Dato' Nik Aziz menyatakan bahawa umat Islam diharuskan berkawan dengan syaitan untuk menang; dan mencarut itu juga diharuskan kerana Tuhan sendiri mencarut. Apakah yang menyebabkan Nik Aziz sanggup membuat kenyataan demikian ? Apakah yang lebih utama dalam Islam, kemenangan atau kebenaran ? Apakah Nik Aziz sekarang ini sanggup mengenepikan ajaran Islam semata-mata untuk mempertahankan suku sakatnya, lantas membenarkan politik Islamnya yang kian terpesong.

Beginilah seorang ahli agama yang ingin berpolitik. Beliau ingat dengan adanya ilmu agama, beliau boleh jadi maksum walaupun mengeluarkan kenyataan-kenyataan agama yang mengelirukan demi untuk keuntungan politik sementara di dunia ini.

Isu-isu yang perlu perhatian

Isu-Isu tempatan yang perlu diambil perhatian walaupun nampaknya kecil tetapi perlu di 'tackle' dengan baik terutama untuk makcik-pakcik di kampung-kampung. InsyaAllah kalau diberi penerangan dengan baik mereka dapat menerimanya.
  • kenaikan minyak petrol
  • Kenaikan harga barang naik
  • Hak milik tanah kampung yg mana mendapat tindakbalas yg terlalu lambat dari pihak berkaitan
  • Pembohongan pengecualian yuran sekolah
  • Bayaran balik pinjaman IPT yang mahal (PTPTN)
  • Masih kedengaran suara-suara mengatakan UMNO "tolak" Islam
  • Tidak kurang juga yang terikut dengan kata2 Nik Aziz berkaitan "orang utan"

Walaupun hal-hal ini kecil dan remeh tapi perlu juga diambil perhatian.

Penamaan Calon


Ahad 24 Februari 2008 adalah hari penamaan calon. Mari beramai-ramai kita turun memberi sokongan kepada calon BN bagi Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Tun Mahathir.

Sedikit maklumat berkaitan Jerlun boleh didapati disini. Terimakasih Nobisa atas maklumat.

Daerah Kubang Pasu

NAMA DAERAH : Kubang Pasu

KELUASAN : 4.596 hektar

PENDUDUK : 186,265 (bancian 2000)

MUKIM : 21 dengan 19 penghulu

PARLIMEN
Kubang Pasu
Jerlun

ADUN
Jitra
Tunjang
Kota Si Puteh
Air Hitam


PUSAT PENTADBIRAN :Pejabat Daerah Kubang Pasu

PEGAWAI DAERAH :Datin Barni

SEKOLAH Sekolah Menengah :18 buah
Sekolah Kebangsaan :41 buah
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina :8 buah
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil :3 buah
MASJID :72 buah

Thursday, February 21, 2008

Sekitar Jerlun



Bagi anda yang tidak tahu di mana kedudukannya, kawasan Parlimen Jerlun terletak di sempadan Kedah-Perlis. Di barat terletak kawasan Parlimen Kubang Pasu, manakala di selatannya kawasan Parlimen Kuala Kedah. Kawasan Parlimen Jerlun mempunyai dua buah Dewan Undangan Negeri iaitu Kota Siputeh dan Air Hitam, dengan pengundi seramai 44,148 pengundi di mana 89.6% adalah pengundi Melayu, 8.6% pengundi Cina, 0.3% India dan 1.4% peratus adalah lain-lain (kebanyakannya berbangsa Siam). Dalam pilihanraya tahun 2004, Abd Rahman menewaskan calon PAS, Idris Ahmad dengan kelebihan undi 2,142.

Dari segi sejarahnya, kawasan Parlimen Jerlun dulunya dikenali sebagai Jerlun-Langkawi. Selepas persempadanan semula pilihanraya, wujud dua buah kawasan parlimen berasingan iaitu Jerlun dan Langkawi. Sebahagian dari kawasan Parlimen Jerlun dulunya berada di kawasan Parlimen Kubang Pasu yang pernah diwakili oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Sebahagian besar kawasan tersebut kini berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh.

Dari segi ekonomi, kawasan Parlimen Jerlun kurang membangun. Jerlun tidak mempunyai daerah sendiri. Ia masih berada dalam daerah Kubang Pasu. Tidak ada bandar besar, kecuali Pekan Kodiang, Pekan Padang Sera, Pekan Kerpan dan Pekan Air Hitam. Nama-nama tempat di Jerlun juga agak unik; contohnya Lana Bulu, Tok Kepak, Alor Biak, Pering, Batas Bengkok atau Matang Bonglai. Penduduk di kawasan Parlimen Jerlun rata-rata merupakan nelayan, petani atau pesawah. Untuk menjadi Ahli Parlimen yang baik, Mukhriz mestilah membiasakan diri dengan istilah-istilah seperti "batas ban" dan "pida." Mukhriz juga mestilah belajar untuk "makan" nira nipah yang cukup popular di situ.

P005 Jerlun pada 2004

P005 JERLUN
N00503 - KOTA SIPUTEH
Peratus Mengundi :82.69
Undi Rosak 229
1. ABU HASAN BIN SARIF (BN) Jumlah Undi: 8614
2. A WAHAB BIN A RAHMAN (PAS) Jumlah Undi: 7041
Majoriti : 1573

N00504 - AYER HITAM
Peratus Mengundi :83.94
Undi Rosak : 277
1. ABD GHANI BIN AHMAD (PAS) Jumlah Undi: 9899
2. OTHMAN BIN AZIZ (BN) Jumlah Undi : 10759
Majoriti : 860

P005 - JERLUN
Peratus Mengundi: 83.41
Undi Rosak : 718
1. IDRIS BIN AHMAD (PAS) Jumlah Undi : 16981
2. ABDUL RAHMAN BIN ARIFFIN (BN) Jumlah Undi : 19123
Majoriti: 2142


Majoriti kemenangan pada 2004 ialah 2142 undi yang dimenangi BN. Banyak tumpuan perlu diberikan kepada DUN Ayer Hitam kerana majoriti yang diperolehi hanyalah 860. Setiap pembangkang yang mengundi BN (Parlimen) bermakna BN akan memperolehi 2 point. Kemenangan besar akan diperolehi jika jumlah undi Ayer Hitam bertambah dan undi Kota Seputeh di kekalkan.

InsyaAllah, BN akan menang lebih besar di Jerlun. Harap Abdul Rahman Ariffin tidak sabotaj.

Calon Parlimen Jerlun

Assalamualaikum
Bolg ini dibuka khas utk Parlimen Jerlun. Semua isu-isu terkini menentang dakyah pembangkang dan aktiviti2 calon BN Jerlun akan cuba dipaparkan disini.

Confirmed yang Dato' Mukhriz akan mewakili BN untuk calon P005 Jerlun. Selamat majujaya.